Friday 22 July 2016

Tips mudah untuk elakkan risiko koyakan perinium ketika bersalin

Bagi ramai ibu-ibu yang mengandung, pasti risau memikirkan tentang proses bersalin yang bakal dihadapi , terutama bagi ibu-ibu yang pertama kali mengandung. 

Saya nak kongsi tips mudah, yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu mengandung, untuk membantu mengurangkan risiko koyakan perinium ketika bersalin. 

Antara yang boleh diamalkan adalah dengan mengambil beberapa vitamin dan suplemen ketika mengandung seperti vitamin C, mengambil Omega 3,untuk lemak sihat dan juga ambil sumber cystein. 

Jadi saya mencadangkan pengambilan Vitamin dan suplemen shaklee yang mempunyai sumber - sumber tersebut.

  • Omega Guard : membekalkan omega 3, ( lemak sihat)
  • Sustain Release Vita C : sumber vitamin C
  • ESP Soy Protein : membekalkan cystein.
Saya nak share satu testimoni, Puan Zalia yang mengamalkan suplemen tersebut dan dapat kesan yang baik tanpa beliau sedar.

"Owh patutla walaupun baby saya besar 3.91kg, dengan izin Allah, saya mampu bersalin dengan mudah dan sikit saja koyakan dibawah...harini baru ku tahu..... Sepanjang tempoh hamil saya memang amalkan 3ni, ESP, Vitamin C & Omega" -Zaalia-

Jadi, kepada ibu-ibu mengandung, boleh amalkan, disamping suplemen ini juga memang sangat diperlukan ketika mengandung. Kira 2 dalam 1 kelebihan, tak rugi kan ambil untuk kesihatan .


Untuk pesanan dan maklumat lanjut hubungi saya ira di talian 013.3196652 

Thursday 21 July 2016

Bagaimana elak rambut gugur dengan mudah.

Apabila rambut gugur dengan banyak, pastinya sangat merisaukan. Namun begitu, Sekiranya seseorang menghadapi masalah kehilangan rambut antara 50 hingga 100 helai sehari ia masih dianggap normal.

Kerana apabila sehelai rambut gugur, ia diganti dengan rambut baru, dari folikel yang sama terletak di bawah permukaan kulit.
Rambut di kulit kepala kita akan tumbuh satu setengah inci setiap bulan.
Namun, jika rambut gugur yang banyak dan berterusan pastinya membimbangkan.

Ada beberapa tips mudah yang boleh kita lakukan untuk membantu mengelakkan rambut gugur dengan banyak.

  • 1.  Jangan Menyikat rambut ketika rambut masih basah
Rambut menjadi lemah semasa basah berbanding semasa kering. Oleh itu,rambut lebih mudah patah atau putus semasa basah berbanding dalam keadaan kering, maka cara yang digalakkan untuk mengemaskan rambut anda semasa basah adalah menyikat dengan jari sendiri.

  • 2.  Kurangkan penggunaan bahan kimia yang terlalu banyak
Bagi anda yang suka melakukan ‘perms’,meluruskan dan mewarna rambut, semua kaedah tersebut memberi kesan yang buruk kepada rambut anda. Warna yang terlalu banyak,rawatan haba boleh menyebabkan rambut anda menjadi rosak. Jika kerosakkan ini berterusan,rambut anda akan menjadi lemah dan menyebabkan rambut gugur. Saranan terbaik adalah meminimumkan penggunaan bahan kimia.

  •  3. Minimakan Penggunaan pengering rambut
Hindari sikap suka mengeringkan rambut dengan menggunakan pengering rambut.  Seeloknya biarkan rambut kering sendiri tanpa bantuan mesin pengering. Rambut menjadi lemah dalam keadaan panas maka apabila anda menggunakan pengering rambut,lagi mudah rambut anda rosak. Angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut akan merosakkan struktur protein bagi rambut. Maka rambut  akan menjadi rapuh dan mudah putus.
Sekiranya penggunaan pengering rambut sangat diperlukan, anda perlu menjarakkan pengering rambut, sekurang-kurangnya 2 ke 4 inci daripada rambut sendiri. Selain itu,suhu angin panas tersebut harus dimulakan pada suhu yang rendah dan meningkat secara perlahan-lahan.

  • 4.  Elakkan dari ikat rambut terlalu ketat
Mengikat rambut terlalu ketat sebenarnya boleh membawa kepada keguguran rambut kerana tarikan rambut yang terlalu ketat akan membawa kepada kehilangan rambut secara beransur-ansur.
Oleh itu, elakkan mengikat rambut anda terlalu ketat kerana ia akan menyebabkan rambut patah di bahagian tengah .
Elakkan juga dari menggunakan getah pembungkus makanan sebaliknya gunakan getah yang dibalut.

  • 5. Elak Mengeringkan rambut dengan menggunakan tuala secara kasar.
Mengelap rambut basah secara kasar dengan menggunakan tuala, menyebabkan berlakunya penggeseran antara rambut dengan rambut sehingga hujung rambut pecah serta gugur .
Rambut sangat rapuh apabila dalam keadaan basah. Jadi jangan keringkan rambut menggunakan tuala dengan terlalu kasar kerana rambut mudah patah ketika proses itu.

  • 6.  Kurangkan Mengusap rambut
Sedarkah anda bahawa amalan atau tabiat mengusap rambut menggunakan telapak tangan juga salah satu punca rambut mudah gugur? Ini kerana terdapat banyak kotoran di tapak tangan akan dipindahkan ke rambut apabila anda mengusap rambut.
Selain itu, keadaaan kulit kepala yang agak lembut juga menyebabkan akar umbi rambut mengalami keguguran akibat dari geseran yang terlalu kuat kesan daripada tolakan atas kepala. Oleh itu,elakkan menggaru kepala sekiranya anda tidak menghadapi kegatalan yang melampau.
Awas! Sekiranya rambut anda tetap gugur walaupun anda sudah ubah tabiat buruk .
Jadi dengan mengamalkan tips diatas dapat membantu mengurangkan rambut gugur.

Selain itu, saya juga nak mencadangkan, penjagaan rambut dari dalam. Pengambilan suplemen yang bersesuian, dapat juga membantu mengurangkan rambut gugur disamping membekalkan nutrisi kepada tubuh badan.



Zink Complex - Membantu memulihkan rambut rosak, rapuh dan bercabang
B complex   - Membantu melancarkan peredaran darah terutamanya dibahagian kepala yang melibatkan rambut

ESP - Membekalkan protien dan membantu pertumbuhan rambut




Untuk pembelian dan maklumat lanjut, hubungi saya ira, 013.3196652.

Rujukan :

Wednesday 20 July 2016

8 punca yang mungkin boleh sebabkan Apendiks

Baru-baru ini, kakak sepupu saya ada mengalami Apendiks, pada bulan jun sebelum bulan puasa yang lalu, 2 minggu juga dihospital, sebab  apendiksnya dah pecah, mujur cepat ke hospital, dengan segera doktor membuat pembedahan. Bahaya juga apendiks ni.
Apendiks adalah satu organ kecil yang merupakan sambungan daripada salah satu bahagian daripada usus besar bergelar sekum yang terletak di bahagian sebelah kanan perut (abdomen) di bawah paras pusat.
Apendiks berada pada usus besar, iaitu kawasan pemprosesan makanan dan pencernaan.
Bagaimana radang apendiks berlaku?

keradangan organ apendiks yang terjadi apabila salurannya telah dimasuki oleh sedikit komponen najis. Ini akan menyebabkan pesakit berasa sakit perut.
Selalunya ramai orang mengalami Apenditis akut.
Apendisitis akut
iaitu keradangan organ apendiks yang terjadi apabila salurannya telah dimasuki oleh sedikit komponen najis. Ini akan menyebabkan pesakit berasa sakit perut.
Biasanya  permulaan,  pesakit akan berasa sakit di sekitar bahagian tengah perut sama seperti sakit perut daripada keradangan organ perut (gastrik).
Jika keadaan ini berlarutan, dalam masa beberapa jam sahaja pesakit akan mula berasa sakit di bahagian kanan di bawah paras pusat.
Punca Appendix
Punca sebenar penyakit apendisitis tidak diketahui.
Bagaimanapun, ia mungkin disebabkan pemilihan makanan yang tidak sihat dan kuman daripada makanan serta minuman.
Makan diluar tanpa mengetahui tahap kebersihan makanan juga boleh menyumbang kepada punca -punca penyebab Appendix.
gemar makan makanan segera,
Tidak gemar makan sayur-sayuran dan buah-buahan,
Corak pemakanan yang tidak teratur dan tidak seimbang juga berkemungkinan menjadi punca radang appendix.
kurang mengambil air putih,
malas bersenam, dan
Ada juga yang mengalami masalah penghadaman, boleh juga menyumbang kepada masalah appendix.
Simptom  appendix
simptom radang apendiks pada awalnya sering disalah tafsir sebagai sakit perut biasa atau angin memandangkan ia sering menyerang di bahagian perut di sekitar pusat.
Kebiasaanya, sakit tersebut semakin kuat satu hingga dua hari kemudian,  dan ia berpindah dari perut ke bahagian kanan abdomen.
Simptom -Simptom lain appendix
Keadaan boleh menjadi bertambah buruk jika ada simpton lain seperti:
demam,
cirit-birit tetapi najis tidak banyak, muntah,
tiada selera makan
dan semestinya badan lemah.
Jika apendiks sudah bocor,
pesakit akan berasa sakit di seluruh badan terutamanya perut dan demam kuat.
Awas, jika kita rasa sakit perut dan anggap itu sakit perut biasa, dan pergi mengurut, ia boleh memburukkan keadaan jika kita mengalami apendiks.
Jangan ambil remeh, kalau kita mengalami sakit perut, terutama dibahagian kanan. Ambil langkah segera untuk berjumpa doktor.
Saya nak mencadangkan kalau anda menghadapi masalah penghadam, selalu sembelit boleh mengambil herblax, bagi membantu melancarkan perjalanan usus anda.

Untuk pembelian dan maklumat lanjut, hubungi saya ira di 013-3196652

Rujukan :
Utusan online

Friday 15 July 2016

Bagaimana nak hilangkan parut degil chicken pox?

Sebut pasal chicken pox, selalu kita fikir hanya masa kanak-kanak sahaja akan kena chicken pox. Ingatkan bila dah dewasa tak lah kena chicken pox lagi. Rupanya dewasa juga boleh kena chicken pox. Malah kalau kena chicken pox masa dewasa ni lagi lah parut susah nak hilang berbanding dengan kanak-kanak.

Tapi jangan lah risau, pengambilan suplemen yang sesuai boleh membantu menghilangkan parut.
Pengambilan suplemen shaklee seperti, ESP soy protein, Vita -C dan Vitamin E boleh membantu menghilangkan parut.

Saya nak kongsi testimoni cik Herny, yang kesan parut chicken pox nya agak teruk, tetapi dengan pengambilan suplemen Shaklee dapat mengembalikan wajah cantik cik Herny.

Apa yang cik Herny amalkan adalah vita- C, vita E, Colagen dan vivix. Disamping itu beliau juga mengunakan pencuci muka Shaklee iaitu Nutriwhite cleanser.

Jadi, jangan biarkan parut chicken pox membelengu diri anda. Disamping menghilangkan parut, ia juga dapat menyihatkan badan. 

Hubungi saya ira ditalian 013.3196652 untuk pembelian dan maklumat lanjut.

Thursday 14 July 2016

Kulit kusam yang sangat merisaukan?


Kulit kusam merupakan salah satu perkara yang merisaukan ramai wanita. Semestinya ramai wanita yang samggup berhabisan ringgit untuk memastikan wajah sentiasa cantik dan tidak kusam. Pastinya wajah yang flawless menjadi idaman.

Antara penyebab kulit kusam adalah tompokan sel kulit mati dimana ia merupakan kesan daripada metabolisme kulit yang kurang baik. Manakala proses penuaan juga menyumbang kepada kulit kusam serta pendedahan pada sinar matahari yang berlebihan boleh menyebabkan kulit kusam dan gelap.

Saya nak kongsi pengambilan suplemen yang bersesuaian dapat membantu menghilangkan masalah kulit kusam,selain mendapat manfaat lain seperti badan menjadi lebih sihat dan bertenaga.
Pengambilan Vivix Shaklee semestinya pilihan yang tepat kerana, vivix merupakan minuman botanical anti penuaan dengan kandungan antioksida yang tinggi serta resveratrol. Manakala mekanisma vivix itu sendiri yang bertindak hingga ke dalam sel badan.

Testimoni pengambilan vivix secara konsistan dapat menghilangkan kulit kusam dan memberikan kesan kulit wajah menjadi cerah berseri.


Selain vivix, pengambilan kolagen juga mampu membuatkan kulit sentiasa lembab dan tidak kering. Kolagen Powder Shaklee merupakan  kolagen yang  hebat kerana yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen.

Kolagen Shaklee merupakan kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Dimana ianya sangat ringan iaitu hanya 1000 Dalton, dan mudah diserap oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sistesis kolagen pada kulit dengan lebih berkesan.

 Testimoni pengambilan kolagen secara konsistan dapat menghilangkan kulit kusam dan memberikan kesan kulit wajah menjadi cerah berseri.


Oleh kerana Kolagen Shaklee sangat ringan iaitu hanya 1000 Dalton, dan mudah diserap oleh badan, kesannya boleh dilihat selepas 6 hari pengambilan kolagen shaklee. Seperi testimoni dibawah, mj. Mj mengambil kolagen Shaklee secara konsistan dan kesannya dapat dirasai setelah 6hari.

Kombinasi pengambilan vivix dan kolagen Shaklee dapat memberikan kesan yang lebih mantap untuk mengatasi masalah kulit kusam.

Untuk mencuba vivix dan kolagen shaklee, hubungi saya ira 013-3196652 .

Wednesday 13 July 2016

Resdung ke radang sinus?

Saya ada masalah resdung dan selalu gatal-gatal hidung. Biasa kita dengar berkenaan resdung dalam masyarakat sekeliling. Resdung tu macammana?

 Resdung

Menurut magazette.com, resdung adalah istilah melayu yang biasa digunakan, dijelaskan oleh Kamus Dewan sebagai penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Ini tidak salah dari segi terjemahan, tetapi dari istilah perubatan, ianya kurang spesifik.

 Sinus

Menurut myhealth.gov.my, Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.


 Antara Penyakit utama yang dikaitkan dengan istilah resdung atau radang sinus ini adalah merujuk kepada‘allergic rhinitis’ atau sinusitis.
  • Allergic rhinitis- dikenali dari gejala sumbat hidung, hingus yang jernih (‘rhinorrhea’), bersin dan gatal hidung dan kadangkala mata. Penyakit ini kadangkala dicetus oleh debu, makanan atau perubahan cuaca.

credit photo : google
  • Sinusitis -Dalam penyakit ini, seseorang itu akan mengalami hingus yang kemungkinan bewarna kuning, hijau atau bercampur darah. Ciri utama ialah sakit kepala yang sangat teruk, di dahi atau muka terutamanya di tengah hidung atau pipi; sebelah atau kedua belah boleh berlaku. Sumbat hidung dan demam boleh berlaku. 

Apakah tanda dan gejala radang sinus?

Di antara tanda dan gejala radang sinus adalah seperti berikut:
  • Hidung tersumbat
  • Batuk
  • Sakit kepala atau muka
  • Jerawat pada muka
  • Selsema berpanjangan
  • Hidung berbau busuk
  • Demam
  • Letih dan lesu
  • Hilang deria rasa dan bau
  • Batuk teruk pada waktu malam

Jika dibiarkan dan tidak dirawat, ianya boleh menjadi lebih teruk dan merbahaya.

Bagaimanakah radang sinus menjadi bahaya?

Radang sinus akut boleh menyebabkan:
  • Radang sinus kronik
  • Sakit kepala kronik
  • Bisul pada sinus maxilar
  • sinus frontal
  • sinus ethmoidal
  • otak
  • mata.
 
 Oleh itu dapatkan rawatan dan nasihat doktor dengan segera jika anda menghadapi radang sinus/
 Gejala dapat dikurangkan dengan cara :
  • Rehat yang cukup
  • Bernafas dalam wap panas dari semangkok air ( boleh tambah sedikit minyak angin).
  • Makan ubat penahan sakit ( panadol)
  • Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
  • Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria.


Selain itu, saya ingin berkongsi, pengambilan suplemen shaklee yang boleh membantu mengurangkan radang sinus ataupun resdung.



Saya juga nak kongsi beberapa testimoni pengguna suplemen Shaklee untuk masaalah resdung.








Untuk mencuba set untuk resdung, hubungi saya ira . 013.3196652

Rujukan : myhealth, mmgazette.com


Thursday 30 June 2016

Lutut emak dah tak sakit lagi.



Sakit lutut juga dikenali sebagai osteoartritis.
  
Osteoartritis juga dikenali sebagai penyakit ‘degeneratif’ iaitu penyakit berkaitan peningkatan usia, kerana ia pasti haus dan lusuh selepas tempoh yang lama. 
Osteoartritis  terjadi apabila rawan, iaitu tisu lembut yang melapisi hujung tulang
mula terhakis. Apabila sistem lapisan pada sendi hilang,tulang bergeser antara satu sama lain dan menyebabkan kesakitan.
Sendi mula berasa kaku dan pergerakan menjadi lemah. Rawan boleh dibina semula dan ditumbuhkan secara semula jadi. Namun dalam penyakit Osteoartritis, rawan dimusnahkan lebih cepat daripada ia dibina semula. Kebanyakan mereka yang mempunyai  Osteoartritis kurang mengambil khasiat untuk rawan.


Khasiat penting untuk badan membina rawan kuat dan anjal supaya sendi berfungsi dengan baik. Oleh itu, dengan sokongan nutrisi betul, pesakit Osteoartritis boleh membina dan menumbuhkan semula rawan yang lusuh.
Saya nak share testimoni,  pegambilan Ostematrix dan omega guard dapat membantu mengatasi sakit lutut, atau sakit sendi.



Kaki emak kakliza juga sudah tidak sakit lagi apabila mengambil Omega Guard.  




Untuk mencuba , hubungi ira ditalian 013.3196652


 

Wednesday 29 June 2016

Tips atasi tumit merekah

Tumit merekah


Bila tumit kaki mula merekah memang sangat merisaukan bagi kebanyakan wanita. Bukan muka sahaja perlukan penjagaan, tumit kaki juga perlu penjagaan dan perhatian. Kenapa tumit kaki boleh merekah? Apa yang boleh sebabkan tumit merekah?

Faktor penyebab tumit merekah

  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.
Banyak juga faktor yang boleh sebab tumit kaki merekah.

Jom ikuti tip penjagaan tumit.


  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
 Saya nak share pengambilan cream herbal blend boleh membantu mengatasi tumit merekah ni.


 Untuk mencuba herbal blend cream yang pelbagai guna ini , hubungi saya ira, 013.3196652. Tak rugi mencuba ianya sesuai untuk seisi keluarga.

Sumber

Tuesday 28 June 2016

Atasi masaalah Jeragat



Jeragat oh jeragat...saya dulu masa selalu beranggapan kalau muka ada jerawat takde jeragat. Kalau jenis yang takde jerawat akan ada jeragat. Ye ke?  Ni teori saya yang tah apa-apa  masa remaja dulu la kan.

Anda ada masalah jeragat?  

Saya pun sebenarnya dah mula ada jeragat juga sekarang ni.
Jeragat juga dikenali sebagai 'melasma', ia merupakan masalah kulit yang biasa dihadapi oleh wanita yng berumur antara 20 - 50 tahun. Ia juga salah satu daripada masaalah kulit yang biasa terjadi dikalangan Asia umumnya.

 Jeragat ni biasanya muncul di kawasan muka seperti dibahagian pipi, tetapi ada juga dikawasan hidung dan dahi. 

Apa penyebab terjadi jeragat?

Antara punca terjadi jeragat adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut;

  • Sinaran matahari
Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap ‘melanoctes’.Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.
  • Perubahan hormon
Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul di kalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.
  • Kosmetik
Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka.
  • Keturunan. 
Akibat daripada genetik.

Bagaimana nak hilangkan jeragat?

Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan jeragat. Kalau nak cuba bahan semula jadi seperti daun alovera, caranya dengan menggosok lendir daun alovera ke kawasan jeragat.
Tapi kalau saya tak rajin lah nak  gosok daun alovera bagai. Saya lebih suka rawat dari dalam supaya lebih cepat rasa kesannya.

Pengambilan ESP iaitu Energizing Soy Protein Shaklee dapat membantu merangsang penggantian sel kulit, membantu menganjalkan kulit, ia juga mengandungi asid amino yang sangat bagus untuk kecantikan kulit dan membantu menghindarkan masaalah jeragat.

Selain itu, pengambilan ESP juga dapat memberi tenaga, membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.


Saya nak berkongsi satu testimoni, dapat menghilangkan jeragat dan bintik hitam dimuka dengan ESP. Jom cuba ESP, selain untuk hilangkan jeragat dapat memberi manfaat juga kepada kesihatan badan. Satu hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telor, 12x ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol,tiada asid uric, dan ia mudah diserap oleh tubuh badan.



Nak cuba ESP, Contact ira, What App/Telegram : 013.3196652

Rujukan : 
 

Thursday 23 June 2016

Apa tanda-anda yang mungkin boleh sebabkan anda dijangkiti Penyakit Tibi

Bila hari TIBI sedunia disambut? Alamak memang jarang la nak ingat kan. Selalu ingat Hari Ibu, Hari Bapa, hari wanita je kan. Ok la kita ambil tau sikit lah kan .  Hari Tibi Sedunia disambut pada 24 Mac setiap tahun bersempena mengingati penemuan bakteria Tibi pertama oleh Dr Robert Koch pada 24 Mac 1882.

 Apakah penyakit Tibi?

Penyakit Tibi ataupun  Tuberculosis merupakan penyakit berjangkit yang  tertua di dunia. Penyakit Tibi ini disebabkan oleh bakteria Mycobacterium Tuberculosis . Ia nya disebarkan melalui udara.

Pesakit Tibi boleh menyebarkan kuman Tibi  melalui titisan air di udara apabila mereka batuk atau bersin. Sama ada kita mudah dijangkiti atau tidak bergantung kepada daya tahan badan, kalau sistem imun rendah adalah berisiko dijangkiti penyakit TB.

Bakteria ini sering menyerang bahagian paru-paru, tetapi kadang-kala ia juga boleh menyerang bahagian lain seperti otak, jantung, tulang belakang, nodus limfa, kelenjar adrenal dan bahagian usus manusia.

  Di Malaysia kes Tibi yang dilaporkan pada tahun 2014 adalah sejumlah 24,711 kes, manakala 1,603 kes kematian akibat penyakit Tibi. Jadi kita tak boleh pandang ringan mengenai sakit Tibi ini.






Tanda-Tanda Jangkitan Tibi 

Antara tanda-tanda jangkitan penyakit Tibi adalah:
  1. Batuk berpanjangan;
  2. Batuk berdarah; 
  3. Sakit dada semasa bernafas
  4. Kesukaran untuk bernafas
  5. Demam berpanjangan;
  6. Kurang selera makan;
  7. Pengurangan berat badan yang mendadak ; dan 
  8. Berpeluh malam.
     Kalau  batuk berpanjangan melebihi 2 minggu tu segeralah dapatkan rawatan yang sewajarnya dengan doktor, jangan hanya anggp batuk biasa sahaja.

    Bagaimana mengesan sakit Tibi

    Doktor akan  mengesan jangkitan TB dalam paru-paru dengan mengenalpasti bakteria TB dalam kahak pesakit.

     Selain daripada itu, doktor juga boleh melakukan imbasan x-ray dada yang boleh mengesan perubahan paru-paru akibat TB.

     Ujian ‘Mantouxataupun tuberkulin,  adalah salah satu ujian yang dilakukan untuk mengesan TB. Ianya dilakukan dengan  mencucuk sedikit protein tuberkulin di bawah kulit pesakit.  Kemudian, selepas 3 hari, reaksi yang didapati pada kulit akan diukur.  Reaksi ‘melepuh’ pada kulit pesakit adalah tindakbalasnya. Ianya akan dikira sebagai ‘positif’ jika ada kesan melepuh lebih daripada 1cm pada kulit pesakit. Jika tidak melepuh, Alhamdulillah tiadalah sakit Tibi.

    Langkah untuk mencegah Penyakit Tibi

    •  Memberi suntikan BCG kepada bayi yang baru lahir
    • Segera ke hospital, jika mengalami batuk yang berterusan lebih dari 2 seminggu
    • Sesiapa yang tinggal bersama dengan pesakit Tibi perlu melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital
    • Memastikan rumah mempunyai pengudaraan yang sempurna
    • Membiarkan banyak cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya boleh membunuh kuman Tibi.
    • Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
    • Mendapatkan rehat yang cukup.
    • Elakkan tinggal bersesak-sesak dalam rumah yang sempit
    Anda hendaklah ke klinik atau ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk mengatasi penyakit Tibi ini.

    Selain itu saya nak share berkenaan suplemen alternatif yang boleh diambil untuk membantu mengatasi penyakit Tibi disamping mendapatkan rawatan di hospital.

    Pengambilan suplemen yang tinggi kandungan antioksidan seperti Vivix juga boleh membantu. Anda  boleh rujuk berkenaan kandungan vivix di entry 4 kandungan utama vivix.

    Saya nak share testimoni vivix dalam membantu mengatasi penyakit tibi.

    Bapak mertua Mal kena penyakit tibi, Alhamdulillah selepas sebulan dah baik. Dan mal pun mengesyorkan Vivix untuk tunang adik kawan Mal yang juga mengidap penyakit Tibi.


    Bila vivix berjaya sembuhkan penyakit Tibi ayah mertua, daku yang ada histoty penyakit Tibi memanglah kagum, Sebab?
    Hello, scheme ubat untuk penyakit Tibi oleh hopital kerajaan sangat azab ok! tu ada 2 option either amek ubat or cucuk.. hari2 kena makan ubat, yang paling takleh tahan ubat kaler merah tu..ngan kencing2 ko jadi merah. Belum masuk ubat yang paling pahit kaler putih 3 biji. Baru letak kat lidah dah rasa pahit sampai muntah2..kalau ambil option cucuk, hari-hari kena p hospital untuk cucuk. Dulu masa on treatment ade sorang tu cucuk dia cakap punggung dia dah x rasa apa..maklumlah kena cucuk hari2 selama 6 bulan...

    Sebab tu ramai pesakit tibi especially orang tua x makan ubat tibi..teruk ooo...bila yana cakap ayah mertua beliau sembuh dengan amalkan vivix, memang daku kagum!!! 




    Insyaallah, apa yang penting ikhtiar. Allah menentukan kesembuhan.
     Untuk mencuba, hubungi saya ira ditalian 013.3196652.




    Rujukan :
    https://kpkesihatan.com/2015
    http://www.mmgazette.com

    Wednesday 22 June 2016

    Elakkan risiko kanser dengan kawal tiga faktor ini.




    Kanser merupakan penyakit bahaya yang boleh membawa maut. Kadang kala ianya hanya diketahui setelah kanser berada di tahap yang kritikal. Oleh itu, hendahlah kita mengambil pendekan mencegah sebelum kanser datang menyerang. Antara tiga faktor yang perlu kita ambil berat adalah gaya hidup, pemakanan seimbang dan juga hindari stress yang berterusan.

    Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tekanan emosi atau stress yang berpanjangan, boleh menyumbang kepada penyakit kanser. Manakala, pemakanan yang tidak seimbang dan tidak teratur juga antara pendorong kepada sel kanser menular didalam tubuh.

    Oleh itu, kita mestilah mengambil berat kepada tiga faktor ini supaya risiko mendapat penyakit kanser dapat dielakkan.


    Buah buahan adalah makanan yang sangat banyak khasiatnya dan mudah didapat, namun ramai yang  kurang mengabil buah dalam menu harian. Pengambilan buah-buahan yang tinggi dengan antioksidan dapat membantu mengelakkan kanser. 

    Antioksidan boleh bertindak melindungi sel-sel badan. Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semulajadi, seperti sayur-sayurkan dan buah-buahan. Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang  dipanggil fitokimia inilah sumber antioksidan terbaik. Sebab itulah kita  disarankan mengambil 5 hingga 9 hidangan sayur-sayurkan dan buah-buahkan setiap hari.




    Mari kita lihat khasiat beberapa jenis buah-buahan .
    Anggur/kismis
    Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antipenuaan, antioksidan, antiradang, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.

    Oren
    Menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Antioksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

    Epal
    Mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan anti oksidan.

    Pear
    Antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.

    Pisang kaki
    Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.

    Mangga
    Antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.

    Kiwi
    Membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

    Pisang
    Antikemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan ciri-birit dan juga sembelit.



    Selain itu, pengambilan suplemen yang tinggi kandungan antioksidan juga dapat membantu mengelakkan kanser. Suplemen Vivix Shaklee merupakan suplemen yang mengandungi 10x manfaat antioksidan. Di mana ia dapat membantu mengelakkan risiko terkena kanser. Untuk mengetahui Manfaat vivix, boleh rujuk 4 kandungan utama vivix.

    Berkenaan sstu testimoni ini, Farrah Syuhada, ibunya kanser hati, tetapi dia cuba ikhtiar dengan vivix, nutriferon dan DTX complex, Ahamdulillah, sihat.





    Sebelum ini saya juga ada share berkenaan testimoni vivix dalam membantu pesakit kanser. Boleh rujuk entry Vivix bantu merencatkan sel kanser dari berulang.

    Vivix merupakan minuman botanical yang mempunyai kadar antioksidan 10x ganda dari aktioksidan biasa, dan ianya bertindak hingga kedalam sel badan. 

    Berikhtiarlah kita dalam berusaha untuk mengelakkan atau mencegah dari kanser. Untuk mencuba Vivix, Hubungi saya ira di talian 013.3196652






    Rujukan:
    http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan
    http://pmr.penerangan.gov.my/index

    http://www.drmalinda.com




    Tuesday 21 June 2016

    7 tanda -tanda anda mungkin mengidap demam denggi




    Demam denggi ni kalau duduk di lembah kelang memang lah popular ye, termasuklah kawasan area tempat tinggal saya di Shah Alam. Kalau boleh memang kita semua tak nak lah kena demam denggi ni kerana buat masa sekarang belum ada ubat yang khusus untuk demam denggi. Jadi  Kena berwaspada lah kita dengan mengamalkan langkah pencegahan dan kawalan. Lagi pun kalau nak kena demam denggi ni tak kira siapa, bayi, kanak-kanak atau pun orang dewasa. Jika imun sistem badan kita lemah lagi mudah nak kena denggi.

    Apakah demam Denggi?

     Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja.

    Jadi macam mana kita nak tahu yang kita berkemungkinan mengidap demam denggi?

    Berikut 7 tanda-tanda, antara tanda yang mungkin dialami dan juga gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk :
    • Demam panas
    • Sakit kepala
    • Sakit tulang belakang
    • Sakit sendi-sendi
    • Loya dan muntah-muntah
    • Sakit biji mata
    • Ruam

    Jadi sangat lah penting untuk kita tahu supaya kita segera bertindak untuk mendapatkan rawatan dan juga langkah kawalan supaya demam denggi tidak bertambah teruk. Demam denggi ada dua jenis iaitu demam denggi biasa atau demam denggi berdarah. Bahaya denggi berdarah kerana ia boleh membawa maut. (mintak simpang ye..kalau boleh jangan lah kena...huhu)

    Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
    • Mudah lebam
    • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
    • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut.

    Apakah rawatan untuk demam denggi?
    Segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan segera, namun masih tiada rawatan khas untuk denggi. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

    Petua bantu hilangkan denggi. 


    Jadi kita perlu mencari alternatif lain yang boleh membantu menghilangkan demam denggi. Antaranya  boleh mencuba sup ketam ataupun jus betik. Selain itu, Anda boleh mengamalkan suplemen yang boleh membantu meningkatkan sistem imun badan bagi melawan virus denggi. Antara suplemen yang disyorkan adalah :

    1. Nutriferon - Berperanan membantu meningkatkan interferon dalam badan dimana interferon membantu mngaktifkan sel-sel imun badan  untuk melawan virus.

    2. Sustain Release Vita -C - membantu meningkatkan fungsi imun dalam badan terutama inteferon dan juga membantu menghalang jangkitan virus dan mempercepatkan proses penyembuhan.

    3. Performance Drinks- membantu mengembalikan dan menstabilkan kandungan air dalam badan. Ia membantu memberi tenaga kepada pesakit da mengelakkan hidrasi.





    Testimoni pulih denggi


    Cubalah alternatif untuk membantu mengatasi demam denggi.
    Hubungi saya, ira ditalian 013.3196652 .




    Rujukan:
    http://www.infosihat.gov.my/infosihat
     http://www.pku.upm.edu.my




    Thursday 16 June 2016

    Apakah tanda-tanda anda dijangkiti Kudis buta

     Kudis Buta (Scabies)


    Dengar nama kudis buta pun dah menyeramkan. Kudis buta ni adalah sejenis jangkitan kulit dan ianya boleh berjangkit pada orang lain.


     Apakah penyebab kudis buta?


    Kudis buta  disebabkan oleh gigitan kutu hama yang bernama Sarcoptes Scabies. Hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Kesan dari itu, maka berlakulah tindak balas alergi dan ia memberikan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit.  Sebab itulah, pesakit yang kena kudis ini akan berasa gatal-gatal terutama diwaktu malam.


    Tanda-tanda dan gejala kudis buta

    Kudis buta biasanya akan berkait dengan :
    • Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas.
    • tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
    • Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
    • Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu).

    Tempat-tempat yang biasa dijangkiti kudis buta ialah:

    • Dicelah-celah jari.
    • Tapak tangan.
    • Bahagian dalam pergelangan tangan.

    Kawasan-kawasan lain yang boleh dijangkiti adalah seperti:

    • Kawasan kemaluan.
    • Punggung.
    • Sekitar pusat.
    • Celah-celah ketiak.
    • Siku.
    • Kaki dan buku lali.

     Bagaimana kudis buta boleh berjangkit :

    • Sentuhan kulit ke kulit.
    • Tidur berdekatan 
    • Berkongsi tuala, pakaian, kain cadar  serta lain-lain peralatan persendirian.

    Apakah rawatan untuk kudis buta?

    Ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan Scabicides. Ia berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit. Antaranya adalah:

    • Losyen Malathion.
    • Krim Gamma Benzene Hexachloride or Lindane.
    • Losyen Benzyl Benzoate (EBB).
    Namun begitu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan konsultansi dan rawatan lanjut.

    Pencegahan dari merebak kepada orang lain

    1. Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.
    2. Masukkan barang-barang yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup. Simpan sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.
    3. Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas.
    4. Seelok-eloknya pesakit kudis buta perlu mandi dengan air suam untuk membuka liang roma sebelum disapu ubat khas untuk kudis buta ini.
    Sebaiknya, semua barang dalam rumah hendaklah dicuci sebaiknya. Jika anda nak rendam pakaian dan cadar boleh gunakan Pencuci serbaguna Basic H ini.





    Untuk maklumat lanjut hubungi saya ira , ditalian 013.3196652




    Rujukan:
    http://www.myhealth.gov.my
    http://www.wom.my/kesihatan
    http://www.infosihat.gov.my/infosihat

     Photo : goggle