Thursday 30 June 2016

Lutut emak dah tak sakit lagi.



Sakit lutut juga dikenali sebagai osteoartritis.
  
Osteoartritis juga dikenali sebagai penyakit ‘degeneratif’ iaitu penyakit berkaitan peningkatan usia, kerana ia pasti haus dan lusuh selepas tempoh yang lama. 
Osteoartritis  terjadi apabila rawan, iaitu tisu lembut yang melapisi hujung tulang
mula terhakis. Apabila sistem lapisan pada sendi hilang,tulang bergeser antara satu sama lain dan menyebabkan kesakitan.
Sendi mula berasa kaku dan pergerakan menjadi lemah. Rawan boleh dibina semula dan ditumbuhkan secara semula jadi. Namun dalam penyakit Osteoartritis, rawan dimusnahkan lebih cepat daripada ia dibina semula. Kebanyakan mereka yang mempunyai  Osteoartritis kurang mengambil khasiat untuk rawan.


Khasiat penting untuk badan membina rawan kuat dan anjal supaya sendi berfungsi dengan baik. Oleh itu, dengan sokongan nutrisi betul, pesakit Osteoartritis boleh membina dan menumbuhkan semula rawan yang lusuh.
Saya nak share testimoni,  pegambilan Ostematrix dan omega guard dapat membantu mengatasi sakit lutut, atau sakit sendi.



Kaki emak kakliza juga sudah tidak sakit lagi apabila mengambil Omega Guard.  




Untuk mencuba , hubungi ira ditalian 013.3196652


 

Wednesday 29 June 2016

Tips atasi tumit merekah

Tumit merekah


Bila tumit kaki mula merekah memang sangat merisaukan bagi kebanyakan wanita. Bukan muka sahaja perlukan penjagaan, tumit kaki juga perlu penjagaan dan perhatian. Kenapa tumit kaki boleh merekah? Apa yang boleh sebabkan tumit merekah?

Faktor penyebab tumit merekah

  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.
Banyak juga faktor yang boleh sebab tumit kaki merekah.

Jom ikuti tip penjagaan tumit.


  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
 Saya nak share pengambilan cream herbal blend boleh membantu mengatasi tumit merekah ni.


 Untuk mencuba herbal blend cream yang pelbagai guna ini , hubungi saya ira, 013.3196652. Tak rugi mencuba ianya sesuai untuk seisi keluarga.

Sumber

Tuesday 28 June 2016

Atasi masaalah Jeragat



Jeragat oh jeragat...saya dulu masa selalu beranggapan kalau muka ada jerawat takde jeragat. Kalau jenis yang takde jerawat akan ada jeragat. Ye ke?  Ni teori saya yang tah apa-apa  masa remaja dulu la kan.

Anda ada masalah jeragat?  

Saya pun sebenarnya dah mula ada jeragat juga sekarang ni.
Jeragat juga dikenali sebagai 'melasma', ia merupakan masalah kulit yang biasa dihadapi oleh wanita yng berumur antara 20 - 50 tahun. Ia juga salah satu daripada masaalah kulit yang biasa terjadi dikalangan Asia umumnya.

 Jeragat ni biasanya muncul di kawasan muka seperti dibahagian pipi, tetapi ada juga dikawasan hidung dan dahi. 

Apa penyebab terjadi jeragat?

Antara punca terjadi jeragat adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut;

  • Sinaran matahari
Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap ‘melanoctes’.Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.
  • Perubahan hormon
Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul di kalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.
  • Kosmetik
Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka.
  • Keturunan. 
Akibat daripada genetik.

Bagaimana nak hilangkan jeragat?

Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan jeragat. Kalau nak cuba bahan semula jadi seperti daun alovera, caranya dengan menggosok lendir daun alovera ke kawasan jeragat.
Tapi kalau saya tak rajin lah nak  gosok daun alovera bagai. Saya lebih suka rawat dari dalam supaya lebih cepat rasa kesannya.

Pengambilan ESP iaitu Energizing Soy Protein Shaklee dapat membantu merangsang penggantian sel kulit, membantu menganjalkan kulit, ia juga mengandungi asid amino yang sangat bagus untuk kecantikan kulit dan membantu menghindarkan masaalah jeragat.

Selain itu, pengambilan ESP juga dapat memberi tenaga, membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.


Saya nak berkongsi satu testimoni, dapat menghilangkan jeragat dan bintik hitam dimuka dengan ESP. Jom cuba ESP, selain untuk hilangkan jeragat dapat memberi manfaat juga kepada kesihatan badan. Satu hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telor, 12x ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol,tiada asid uric, dan ia mudah diserap oleh tubuh badan.



Nak cuba ESP, Contact ira, What App/Telegram : 013.3196652

Rujukan : 
 

Thursday 23 June 2016

Apa tanda-anda yang mungkin boleh sebabkan anda dijangkiti Penyakit Tibi

Bila hari TIBI sedunia disambut? Alamak memang jarang la nak ingat kan. Selalu ingat Hari Ibu, Hari Bapa, hari wanita je kan. Ok la kita ambil tau sikit lah kan .  Hari Tibi Sedunia disambut pada 24 Mac setiap tahun bersempena mengingati penemuan bakteria Tibi pertama oleh Dr Robert Koch pada 24 Mac 1882.

 Apakah penyakit Tibi?

Penyakit Tibi ataupun  Tuberculosis merupakan penyakit berjangkit yang  tertua di dunia. Penyakit Tibi ini disebabkan oleh bakteria Mycobacterium Tuberculosis . Ia nya disebarkan melalui udara.

Pesakit Tibi boleh menyebarkan kuman Tibi  melalui titisan air di udara apabila mereka batuk atau bersin. Sama ada kita mudah dijangkiti atau tidak bergantung kepada daya tahan badan, kalau sistem imun rendah adalah berisiko dijangkiti penyakit TB.

Bakteria ini sering menyerang bahagian paru-paru, tetapi kadang-kala ia juga boleh menyerang bahagian lain seperti otak, jantung, tulang belakang, nodus limfa, kelenjar adrenal dan bahagian usus manusia.

  Di Malaysia kes Tibi yang dilaporkan pada tahun 2014 adalah sejumlah 24,711 kes, manakala 1,603 kes kematian akibat penyakit Tibi. Jadi kita tak boleh pandang ringan mengenai sakit Tibi ini.






Tanda-Tanda Jangkitan Tibi 

Antara tanda-tanda jangkitan penyakit Tibi adalah:
  1. Batuk berpanjangan;
  2. Batuk berdarah; 
  3. Sakit dada semasa bernafas
  4. Kesukaran untuk bernafas
  5. Demam berpanjangan;
  6. Kurang selera makan;
  7. Pengurangan berat badan yang mendadak ; dan 
  8. Berpeluh malam.
     Kalau  batuk berpanjangan melebihi 2 minggu tu segeralah dapatkan rawatan yang sewajarnya dengan doktor, jangan hanya anggp batuk biasa sahaja.

    Bagaimana mengesan sakit Tibi

    Doktor akan  mengesan jangkitan TB dalam paru-paru dengan mengenalpasti bakteria TB dalam kahak pesakit.

     Selain daripada itu, doktor juga boleh melakukan imbasan x-ray dada yang boleh mengesan perubahan paru-paru akibat TB.

     Ujian ‘Mantouxataupun tuberkulin,  adalah salah satu ujian yang dilakukan untuk mengesan TB. Ianya dilakukan dengan  mencucuk sedikit protein tuberkulin di bawah kulit pesakit.  Kemudian, selepas 3 hari, reaksi yang didapati pada kulit akan diukur.  Reaksi ‘melepuh’ pada kulit pesakit adalah tindakbalasnya. Ianya akan dikira sebagai ‘positif’ jika ada kesan melepuh lebih daripada 1cm pada kulit pesakit. Jika tidak melepuh, Alhamdulillah tiadalah sakit Tibi.

    Langkah untuk mencegah Penyakit Tibi

    •  Memberi suntikan BCG kepada bayi yang baru lahir
    • Segera ke hospital, jika mengalami batuk yang berterusan lebih dari 2 seminggu
    • Sesiapa yang tinggal bersama dengan pesakit Tibi perlu melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital
    • Memastikan rumah mempunyai pengudaraan yang sempurna
    • Membiarkan banyak cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya boleh membunuh kuman Tibi.
    • Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
    • Mendapatkan rehat yang cukup.
    • Elakkan tinggal bersesak-sesak dalam rumah yang sempit
    Anda hendaklah ke klinik atau ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk mengatasi penyakit Tibi ini.

    Selain itu saya nak share berkenaan suplemen alternatif yang boleh diambil untuk membantu mengatasi penyakit Tibi disamping mendapatkan rawatan di hospital.

    Pengambilan suplemen yang tinggi kandungan antioksidan seperti Vivix juga boleh membantu. Anda  boleh rujuk berkenaan kandungan vivix di entry 4 kandungan utama vivix.

    Saya nak share testimoni vivix dalam membantu mengatasi penyakit tibi.

    Bapak mertua Mal kena penyakit tibi, Alhamdulillah selepas sebulan dah baik. Dan mal pun mengesyorkan Vivix untuk tunang adik kawan Mal yang juga mengidap penyakit Tibi.


    Bila vivix berjaya sembuhkan penyakit Tibi ayah mertua, daku yang ada histoty penyakit Tibi memanglah kagum, Sebab?
    Hello, scheme ubat untuk penyakit Tibi oleh hopital kerajaan sangat azab ok! tu ada 2 option either amek ubat or cucuk.. hari2 kena makan ubat, yang paling takleh tahan ubat kaler merah tu..ngan kencing2 ko jadi merah. Belum masuk ubat yang paling pahit kaler putih 3 biji. Baru letak kat lidah dah rasa pahit sampai muntah2..kalau ambil option cucuk, hari-hari kena p hospital untuk cucuk. Dulu masa on treatment ade sorang tu cucuk dia cakap punggung dia dah x rasa apa..maklumlah kena cucuk hari2 selama 6 bulan...

    Sebab tu ramai pesakit tibi especially orang tua x makan ubat tibi..teruk ooo...bila yana cakap ayah mertua beliau sembuh dengan amalkan vivix, memang daku kagum!!! 




    Insyaallah, apa yang penting ikhtiar. Allah menentukan kesembuhan.
     Untuk mencuba, hubungi saya ira ditalian 013.3196652.




    Rujukan :
    https://kpkesihatan.com/2015
    http://www.mmgazette.com

    Wednesday 22 June 2016

    Elakkan risiko kanser dengan kawal tiga faktor ini.




    Kanser merupakan penyakit bahaya yang boleh membawa maut. Kadang kala ianya hanya diketahui setelah kanser berada di tahap yang kritikal. Oleh itu, hendahlah kita mengambil pendekan mencegah sebelum kanser datang menyerang. Antara tiga faktor yang perlu kita ambil berat adalah gaya hidup, pemakanan seimbang dan juga hindari stress yang berterusan.

    Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tekanan emosi atau stress yang berpanjangan, boleh menyumbang kepada penyakit kanser. Manakala, pemakanan yang tidak seimbang dan tidak teratur juga antara pendorong kepada sel kanser menular didalam tubuh.

    Oleh itu, kita mestilah mengambil berat kepada tiga faktor ini supaya risiko mendapat penyakit kanser dapat dielakkan.


    Buah buahan adalah makanan yang sangat banyak khasiatnya dan mudah didapat, namun ramai yang  kurang mengabil buah dalam menu harian. Pengambilan buah-buahan yang tinggi dengan antioksidan dapat membantu mengelakkan kanser. 

    Antioksidan boleh bertindak melindungi sel-sel badan. Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semulajadi, seperti sayur-sayurkan dan buah-buahan. Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang  dipanggil fitokimia inilah sumber antioksidan terbaik. Sebab itulah kita  disarankan mengambil 5 hingga 9 hidangan sayur-sayurkan dan buah-buahkan setiap hari.




    Mari kita lihat khasiat beberapa jenis buah-buahan .
    Anggur/kismis
    Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antipenuaan, antioksidan, antiradang, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.

    Oren
    Menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Antioksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

    Epal
    Mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan anti oksidan.

    Pear
    Antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.

    Pisang kaki
    Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.

    Mangga
    Antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.

    Kiwi
    Membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

    Pisang
    Antikemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan ciri-birit dan juga sembelit.



    Selain itu, pengambilan suplemen yang tinggi kandungan antioksidan juga dapat membantu mengelakkan kanser. Suplemen Vivix Shaklee merupakan suplemen yang mengandungi 10x manfaat antioksidan. Di mana ia dapat membantu mengelakkan risiko terkena kanser. Untuk mengetahui Manfaat vivix, boleh rujuk 4 kandungan utama vivix.

    Berkenaan sstu testimoni ini, Farrah Syuhada, ibunya kanser hati, tetapi dia cuba ikhtiar dengan vivix, nutriferon dan DTX complex, Ahamdulillah, sihat.





    Sebelum ini saya juga ada share berkenaan testimoni vivix dalam membantu pesakit kanser. Boleh rujuk entry Vivix bantu merencatkan sel kanser dari berulang.

    Vivix merupakan minuman botanical yang mempunyai kadar antioksidan 10x ganda dari aktioksidan biasa, dan ianya bertindak hingga kedalam sel badan. 

    Berikhtiarlah kita dalam berusaha untuk mengelakkan atau mencegah dari kanser. Untuk mencuba Vivix, Hubungi saya ira di talian 013.3196652






    Rujukan:
    http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan
    http://pmr.penerangan.gov.my/index

    http://www.drmalinda.com




    Tuesday 21 June 2016

    7 tanda -tanda anda mungkin mengidap demam denggi




    Demam denggi ni kalau duduk di lembah kelang memang lah popular ye, termasuklah kawasan area tempat tinggal saya di Shah Alam. Kalau boleh memang kita semua tak nak lah kena demam denggi ni kerana buat masa sekarang belum ada ubat yang khusus untuk demam denggi. Jadi  Kena berwaspada lah kita dengan mengamalkan langkah pencegahan dan kawalan. Lagi pun kalau nak kena demam denggi ni tak kira siapa, bayi, kanak-kanak atau pun orang dewasa. Jika imun sistem badan kita lemah lagi mudah nak kena denggi.

    Apakah demam Denggi?

     Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja.

    Jadi macam mana kita nak tahu yang kita berkemungkinan mengidap demam denggi?

    Berikut 7 tanda-tanda, antara tanda yang mungkin dialami dan juga gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk :
    • Demam panas
    • Sakit kepala
    • Sakit tulang belakang
    • Sakit sendi-sendi
    • Loya dan muntah-muntah
    • Sakit biji mata
    • Ruam

    Jadi sangat lah penting untuk kita tahu supaya kita segera bertindak untuk mendapatkan rawatan dan juga langkah kawalan supaya demam denggi tidak bertambah teruk. Demam denggi ada dua jenis iaitu demam denggi biasa atau demam denggi berdarah. Bahaya denggi berdarah kerana ia boleh membawa maut. (mintak simpang ye..kalau boleh jangan lah kena...huhu)

    Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
    • Mudah lebam
    • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
    • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut.

    Apakah rawatan untuk demam denggi?
    Segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan segera, namun masih tiada rawatan khas untuk denggi. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

    Petua bantu hilangkan denggi. 


    Jadi kita perlu mencari alternatif lain yang boleh membantu menghilangkan demam denggi. Antaranya  boleh mencuba sup ketam ataupun jus betik. Selain itu, Anda boleh mengamalkan suplemen yang boleh membantu meningkatkan sistem imun badan bagi melawan virus denggi. Antara suplemen yang disyorkan adalah :

    1. Nutriferon - Berperanan membantu meningkatkan interferon dalam badan dimana interferon membantu mngaktifkan sel-sel imun badan  untuk melawan virus.

    2. Sustain Release Vita -C - membantu meningkatkan fungsi imun dalam badan terutama inteferon dan juga membantu menghalang jangkitan virus dan mempercepatkan proses penyembuhan.

    3. Performance Drinks- membantu mengembalikan dan menstabilkan kandungan air dalam badan. Ia membantu memberi tenaga kepada pesakit da mengelakkan hidrasi.





    Testimoni pulih denggi


    Cubalah alternatif untuk membantu mengatasi demam denggi.
    Hubungi saya, ira ditalian 013.3196652 .




    Rujukan:
    http://www.infosihat.gov.my/infosihat
     http://www.pku.upm.edu.my




    Thursday 16 June 2016

    Apakah tanda-tanda anda dijangkiti Kudis buta

     Kudis Buta (Scabies)


    Dengar nama kudis buta pun dah menyeramkan. Kudis buta ni adalah sejenis jangkitan kulit dan ianya boleh berjangkit pada orang lain.


     Apakah penyebab kudis buta?


    Kudis buta  disebabkan oleh gigitan kutu hama yang bernama Sarcoptes Scabies. Hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Kesan dari itu, maka berlakulah tindak balas alergi dan ia memberikan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit.  Sebab itulah, pesakit yang kena kudis ini akan berasa gatal-gatal terutama diwaktu malam.


    Tanda-tanda dan gejala kudis buta

    Kudis buta biasanya akan berkait dengan :
    • Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas.
    • tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
    • Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
    • Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu).

    Tempat-tempat yang biasa dijangkiti kudis buta ialah:

    • Dicelah-celah jari.
    • Tapak tangan.
    • Bahagian dalam pergelangan tangan.

    Kawasan-kawasan lain yang boleh dijangkiti adalah seperti:

    • Kawasan kemaluan.
    • Punggung.
    • Sekitar pusat.
    • Celah-celah ketiak.
    • Siku.
    • Kaki dan buku lali.

     Bagaimana kudis buta boleh berjangkit :

    • Sentuhan kulit ke kulit.
    • Tidur berdekatan 
    • Berkongsi tuala, pakaian, kain cadar  serta lain-lain peralatan persendirian.

    Apakah rawatan untuk kudis buta?

    Ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan Scabicides. Ia berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit. Antaranya adalah:

    • Losyen Malathion.
    • Krim Gamma Benzene Hexachloride or Lindane.
    • Losyen Benzyl Benzoate (EBB).
    Namun begitu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan konsultansi dan rawatan lanjut.

    Pencegahan dari merebak kepada orang lain

    1. Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.
    2. Masukkan barang-barang yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup. Simpan sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.
    3. Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas.
    4. Seelok-eloknya pesakit kudis buta perlu mandi dengan air suam untuk membuka liang roma sebelum disapu ubat khas untuk kudis buta ini.
    Sebaiknya, semua barang dalam rumah hendaklah dicuci sebaiknya. Jika anda nak rendam pakaian dan cadar boleh gunakan Pencuci serbaguna Basic H ini.





    Untuk maklumat lanjut hubungi saya ira , ditalian 013.3196652




    Rujukan:
    http://www.myhealth.gov.my
    http://www.wom.my/kesihatan
    http://www.infosihat.gov.my/infosihat

     Photo : goggle







    Wednesday 15 June 2016

    Panau? Amalkan 8 tips mudah untuk cegah panau



    Dulu masa sekolah selalu lah cerita-cerita pasal panau ni. Panau ni merupakan tompok-tompok pucat (putih, merah jambu) atau gelap(perang, hitam) dengan permukaan yang berdebu halus. Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan kadang kala bercantum memebentuk permukaan yang terlibat lebih luas. Sesetengah pesakit berasa gatal pada bahagian yang terlibat.



    Apa punca panau ?
    Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis Malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.

     Panau boleh terjadi disemua peringkat umur. Walau bagaimanapun, ia lebih kerap berlaku di kalangan remaja dan belia. Pesakit yang kekurangan zat makanan atau mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppressant kerap mendapat panau. Begitu juga dengan pesakit hyperhidrosis atau peluh yang berlebihan.

     Oleh kerana panau ni disebabkan oleh jangkitan kulat, kebersihan diri amatlah perlu dititik beratkan bagi mengelakkan dari terkena panau. 

    Berikut adalah tips untuk elak atau mencegah dari terkena panau:

    • Elakkan daripada mandi tanpa sabun ( mandi koboi..hehe)
    • Jangan berkongsi tuala mandi (yang ni sharing tapi tak berapa nak caring..huhu)
    • Elakkan dari pakai pakaian yang dibasahi peluh untuk tempoh masa yang panjang.
    • Pakai pakaian yang mudah serap peluh
    • Pastikan badan kering sebelum memakai baju
    • Jangan pakai baju yang sama berulangkali (belum basuh)
    • Elakkan membasuh muka atau badan ketika masih berpeluh
    • Jaga kebersihan diri.


     Selain itu, pengambilan suplemen juga boleh membantu meningkatkan imun badan dan mengelakkan jangkitan kulat. Antara suplemen yang boleh diambil bagi membantu mengatasi masaalah panau ialah,Sustained Realese Vita C, Garlic complex dan juga Alfalfa Complex.



    • Garlic Complex - merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan sanat bagus untuk meningkatkan sistem imun badan supaya boleh menghalang kulat dari tumbuh dan merebak pada kulit.
    • Alfalfa Complex - ia bertindak sebagai anti kulat dan memperbaiki keadaan kulit.
    • Sustained Release Vita C - membantu meningkatkan sistem pertahan tubuh dan melawan jangkitan kulat.


     Rujukan :

     http://www.myhealth.gov.my/pityriasis-versicolor/





    Saya adalah wakil Shaklee [SID:1079165],
    Untuk maklumat lanjut hubungi saya,
    Sharifah Munirah Syd Ali**ira**
    Call/Sms/WhatApp :0133196652
    Email : shmunirah330@gmail.com

    Tuesday 14 June 2016

    Kayap? Rahsia elak kayap datang menyerang



    Kayap oh kayap... Biasa kita dengar kan pasal kayap ni. Tapi kalau dah kena kayap ni bukan lah senang nk baik dalam sehari dua je. 
    • Macam mana boleh kena kayap ni?
    Kayap atau pun didalam istilah perubatan ia dikenali sebagai herpes zoster. Ianya merupakan sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). 


    • Bagaimana virus ni boleh datang?
    Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion).
    Apabila sistem imun badan menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut.

    Oh, jadi kayap ni melibatkan sistem imun badan. Jadi, kita perlu tingkatkan imun badan bagi melawan virus penyebab kayap.

    • Gejala ataupun simptom kayap. 
    Biasanya sebelum tompok-tompok merah yang menyakitkan tu keluar, ada beberapa gejala ataupun simptom yang boleh dirasai seperti rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala.

    • Komplikasi
     Jika tidak dirawat dengan cepat kayap ni boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk seperti,
    tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut,  ia juga boleh merebak kekawasan lain. Selalunya berlaku pada pesakit yang mempunyai imun sistem yang lemah.

    Jika kayap ini terkena dibahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy).

    Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang).


    Jadi adalah sangat penting untuk kita meningkatkan sistem imun badan bagi memulihkan jangkitan virus yang membawa kepada sakit kayap ni. Antara suplemen Shaklee yang boleh diambil adalah Nutriferon dan juga Sustained Release Vita C. Selain dari meningkatkan sistem imun badan, ia juga dapat membantu bagi mempercepatkan kayap sembuh. 


    •  Nutriferon - membantu mengukuhkan sistem imun. Interferon semulajadi didalamnya mampu meransang dan meningkatkan sistem imun tubuh secara keseluruhan.
    • Garlic Complex - merupakan antibiotik semulajadi, bantu tingkatkan sistem imun tubuh serta menghalang penyakit berjangkit.
    • Sustained Release Vita C - membantu menentang bakteria dan kuman, kukuhkan sistem imun, melegakan imflamasi dan mempercepatkan pemulihan.
     Saya nak share satu testimoni berkenaan kayap ni.


    Selain itu, jika sistem imun badan kita kuat, Insyaallah dapat mengelakkan kita dari terkena pelbagai jangkitan kuman dan virus.


    Untuk maklumat lanjut hubungi ira ditalian 013.3196652


    Rujukan :

    Friday 10 June 2016

    Kini tiada lagi serangan asma dan rawatan nebulaizer.



    Asma ataupun dikenali juga sebagai lelah adalah sejenis penyakit yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan dimana saluran pernafasan menjadi sempit yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas.

    Pesakit asma selalunya akan megalami gejala seperti berikut :
    • Batuk (terutama pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk)
    • Susah bernafas (sesak nafas)
    • Rasa ketegangan di dada
    • Pernafasan menjadi pendek.
     Bagi kanak-kanak, batuk mungkin merupakan petanda awal asma atau lelah terutama apabila anak-anak sering batuk pada waktu malam. Atara faktor lain yang boleh mencetuskan simptom lelah sepeti habuk, hama, asap rokok, buah-buahkan dan sebagainya.

    Biasanya penyakit asma di kalangan kanak-kanak bermula dengan batuk berpanjangan di waktu malam dan awal pagi. Biasanya batuk yang dialami kanak-kanak itu adalah basah dan berkahak. Asma menyebabkan kanak-kanak akan mengalami batuk berterusan, nafas berbunyi dan semput.

    Ada dua kategori ubat yang diberikan oleh doktor kepada kanak-kanak yang mengidap asma iaitu uat yang mencegah kanak-kanak daripada serangan asma dan ubat-ubatan yang mengurangkan simptom asma. Kebanya kan kanak-kanak yang menghidap asma ini akan pulih dengan sendiri apabila mereka besar atau mencapai peringkat remaja.

     Pengambilan Suplemen Omega Guard

    Pengambilan suplemen seperti minyak ikan boleh juga membantu kanak-kanak bagi mengelakkan asma atau batuk berkahak. semestinya saya mencadangkan pengambilan Omega Guard Shaklee, kerana ia melalui proses penyulingan molekul berperingkat ( Triple Molecular Distillation) dan ketulenannya dijamin.

    Saya nak  share beberapa testimoni berkenaan pengambilan Omega guard.




    Amalkan  Omega guard, sebagai ikhtiar untuk mengatasi asma dan juga batuk berkahak.
    Dapatkan Omega guard anda segera, Hubungi saya, ira ditalian 013.3196652.



    Rujukan:

    http://www.mosti.gov.my/wp
    http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.

    Wednesday 8 June 2016

    Talasemia, adakah suplemen boleh membantu?



    Talasemia, merupakan penyakit keturunan atau genetik dimana anak mendapat gen Talasemia dari ibu dan bapa.  Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti ataupun dikenali juga penyakit kecatatan darah. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Pesakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka.

     Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

     Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun. Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.


    Terdapat 2 jenis Talasemia iaitu:

    • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
    • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

     Pesakit-pesakit Talasemia perlu membuat pemeriksaan yang terperinci  dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya oleh doktor. Adalah disarankan bagi pasangan yang ingin berkahwin untuk membuat ujian darah untuk memastikan sama ada kita ataupun pasangan bebas ataupun tidak mengidap Talasemia.

    Bagi pengidap Talasemia, boleh juga mengambil produk kesihatan yang sesuai untuk diamalkan. Antaranya adalah seperti ESP, Vita-E Complex, B-complex dan juga Ostematrix.
    ESP adalah sumber protein, ia dapat  membantu di dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, termasuklah sel-sel darah merah.
    Vita E Complex adalah sumber vitamin E dan tinggi kandungan anti oksida dimana ia membantu melindungi sel darah merah. B-complex pula membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah. Manakala Ostematrix adalah  sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang menjaga kesihatan tulang dan membantu dalam penjagaan denyutan jantung yang normal.

     Selain itu, boleh juga mencuba vivix, vivix merupakan suplemen antioksida yang tinggi kandungan resveratrol dan ianya bertindak hingga kedalam sel, dimana ia membantu melancarkan peredaran darah. boleh rujuk 4 kandungan utama vivix.

    Pesakit Talasemia, boleh berikhtiar dengan pengambilan suplemen dan vitamin, sekurangnya ia dapat membantu memberi tenaga untuk terus sihat an ceria.
    Satu testimoni berkenaan Talasemia.


     Untuk mencuba produk, hubungi ira ditalian 013-3196652.
     
     Rujukan:

     https://ms.wikipedia.org/wiki/Talasemia
     http://hpd.moh.gov.my/v1/



    Saya adalah wakil Shaklee [SID:1079165],
    Untuk maklumat lanjut hubungi saya,
     Sharifah Munirah Syd Ali**ira** Call/Sms/WhatApp :0133196652
     Email : shmunirah330@gmail.com

    Tuesday 7 June 2016

    Anda Migrain? Tips cara mudah atasi migrain yang boleh anda lakukan sendiri.

    Cerita pasal migrain atau sakit kepala, memang ramai orang yang mengalaminya, termasuklah saya, tapi saya tidak lah sampai migrain, cuma sakit kepala saja kalau ada punca-punca yang boleh sebabkan sakit kepala. Jadi apa punca yang boleh kita kena migrain.


    Migrain merupakan ganguan sakit kepala yang berulang-ulang, ia boleh jadi sakit yang sederhana ataupun sakit yang teruk. Biasanya, berlaku rasa sakit kepala pada sebelah kepala ataupun rasa berdenyut-denyut. Gejala-gejala lain yang boleh dirasai adalah seperti loya, muntah-muntah, sensitif kepada cahaya, bunyi dan bau.

    Tanda-tanda atau simptom mahupun gejala migrain adalah berbeza bagi setiap orang yang mengalaminya. Serangan Migrain boleh berlaku diantara 2 jam hingga 72 jam.


    Tiada rawatan yang standard bagi migrain, rawatan bagi pesakit migrain adalah berbeza-beza dan pelbagai mengikut tahap kesakitan ataupun keterukan bagi setiap individu. Adakalanya ada juga yang ambil ubat tahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit .


    Jadi, bagaimana nak atasi migrain? Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan belajar kenali sendiri migrain yang kita hadapi. Untuk kenali migrain sendiri apa yang perlu dilakukan. Langkag pertama,

    Langkah pertama, perlu sediakan diari, nak buat apa diari?
    Tujuannya untuk nak keep track migrain. Jadi, tuliskan apa yang anda buat sebelum, dan semasa dan selepas migrain.

    Tuliskan apa yang anda makan, berapa jam tidur malam sebelum tu, ada apa-apa perkara yang penting atau ada perkara yang membuatkan anda stress pada hari tu. Semua ni adalah klue kepada migrain anda.

    Lepas tu, kita tengok pula punca-punca yang boleh sebabkan migrain. Antaranya seperti berikut :
    • Stress
    • Period pain
    • Perubahan dalam patern tidor
    • Terlampau penat
    • Terlalu banyak minum minuman caffein atau kesan dari minum caffein
    • Skip waktu makan
    • Perubahan cuaca
    • Merokok
    • Exersice
    • Cahaya yang terlampau terang/berkelip-kelip
    • Bau-bauan yang tertentu.

    Bila kita dah tahu punca-punca boleh kena serang migrain,lihat pula langkah-langkah   untuk elakkan dari punca migrain ni.

    1.  Lihat apa yang kita makan, kalau sakit kepala, tuliskan apa yang kita makan atau minum sebelum itu, monitor untuk beberapa lama, jika keadaan sama, elakkan makan makanan tersebut. 
    2. Makan secara teratur, elakkan makan pada waktu yang tidak menentu dan jangan skip makan.
    3. Hadkan pengambilan caffeine, kalau minum terlampau banyak boleh menyebabkankan migrain, jadi kurangkan pengambilan caffein secara beransur-ansur.
    4. Berhati-hati ketika exercise, memang kita perlu exercise untuk sihat, tetapi adakala ia boleh menjadi trigger migrain untuk sesetengah orang. Jika anda sakit rasa begitu, dapatkan nasihat doctor untuk tip exercise yang sesuai untuk anda.
    5. Pastikan mendapat tidur yang cukup. Kurang tidur juga boleh menyebabkan migrain.
    6. Elakkan stress, lakukan lebih aktiviti yang boleh mengurangkan stress seperti solat, meditasi, spend masa bersama orang yang disayangi atau pun lakukan perkara yang kita enjoy lakukan.
    7. Sentiasa pastikan badan sentiasa bertenaga, elakkan badan dari dihidrasi. Minun banyak air masak.
    Selain itu, saya nak syorkan pengambilan suplemen yang bersesuaian juga dapat membantu mengurangkan dan mengelakkan migrain. Antara nya dengan mengambilan vivix, vivix merupakan suplemen antioksida yang tinggi kandungan resveratrol dan ianya bertindak hingga kedalam sel, dimana ia boleh membantu melancarkan peredaran darah seterusnya boleh elakkan dari migrain. Boleh rujuk 4 kandungan utama vivix.

    Cadangan lain untuk bantu atasi migrain adalah dengan pengambilan Ostematrix dan B-Complex. 


    • Ostematrix ( Kalsium, magnesium dan vitamin D) -  pengambilan kalsium bukan sahaja untuk membina tulang dan gigi, ia juga membantu melegakan otot dan membantu memberi tidur lena yang berkualiti. Magnesesium juga dapat membantu mengurangkan sakit kepala migrain, kerana selalu terjadi, kekurangan Magnesium juga boleh menyebabkan berlaku nya migrain kurang kandungan magnesium sering berlaku pada mereka yang ada migrain.
    • B Complex - Vitamin B2 ( reboflavin) dan Vitamin B6 boleh membantu mengurangkan kesakitan migrain, dimana ia membantu menambah aliran darah ke otak, ia juga dikenali sebagai vitamin anti stress dan reboflavin membantu menambah simpanan tenaga dalam sel otak.

    Saya nak share satu testimoni mereka yang telah mencuba B-Complex dan Ostematrix untuk atasi migrain, dan dapat rasai kesan positif.



    Untuk mencuba B-complex dan Ostematrix hubungi saya ira, ditalian 013-3196652.

     Rujukan:
     https://en.wikipedia.org/wiki/Migraine
     https://www.migrainetrust.org/about-migraine/
    https://www.m.webmd.com/migraine


    Saya adalah wakil Shaklee [SID:1079165],
     Untuk maklumat lanjut hubungi saya,
    Sharifah Munirah Syd Ali**ira**
    Call/Sms/WhatApp :0133196652
    Email : shmunirah330@gmail.com