Thursday 16 June 2016

Apakah tanda-tanda anda dijangkiti Kudis buta

 Kudis Buta (Scabies)


Dengar nama kudis buta pun dah menyeramkan. Kudis buta ni adalah sejenis jangkitan kulit dan ianya boleh berjangkit pada orang lain.


 Apakah penyebab kudis buta?


Kudis buta  disebabkan oleh gigitan kutu hama yang bernama Sarcoptes Scabies. Hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Kesan dari itu, maka berlakulah tindak balas alergi dan ia memberikan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit.  Sebab itulah, pesakit yang kena kudis ini akan berasa gatal-gatal terutama diwaktu malam.


Tanda-tanda dan gejala kudis buta

Kudis buta biasanya akan berkait dengan :
  • Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas.
  • tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
  • Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
  • Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu).

Tempat-tempat yang biasa dijangkiti kudis buta ialah:

  • Dicelah-celah jari.
  • Tapak tangan.
  • Bahagian dalam pergelangan tangan.

Kawasan-kawasan lain yang boleh dijangkiti adalah seperti:

  • Kawasan kemaluan.
  • Punggung.
  • Sekitar pusat.
  • Celah-celah ketiak.
  • Siku.
  • Kaki dan buku lali.

 Bagaimana kudis buta boleh berjangkit :

  • Sentuhan kulit ke kulit.
  • Tidur berdekatan 
  • Berkongsi tuala, pakaian, kain cadar  serta lain-lain peralatan persendirian.

Apakah rawatan untuk kudis buta?

Ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan Scabicides. Ia berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit. Antaranya adalah:

  • Losyen Malathion.
  • Krim Gamma Benzene Hexachloride or Lindane.
  • Losyen Benzyl Benzoate (EBB).
Namun begitu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan konsultansi dan rawatan lanjut.

Pencegahan dari merebak kepada orang lain

  1. Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.
  2. Masukkan barang-barang yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup. Simpan sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.
  3. Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas.
  4. Seelok-eloknya pesakit kudis buta perlu mandi dengan air suam untuk membuka liang roma sebelum disapu ubat khas untuk kudis buta ini.
Sebaiknya, semua barang dalam rumah hendaklah dicuci sebaiknya. Jika anda nak rendam pakaian dan cadar boleh gunakan Pencuci serbaguna Basic H ini.





Untuk maklumat lanjut hubungi saya ira , ditalian 013.3196652




Rujukan:
http://www.myhealth.gov.my
http://www.wom.my/kesihatan
http://www.infosihat.gov.my/infosihat

 Photo : goggle







No comments: