Wednesday 15 June 2016

Panau? Amalkan 8 tips mudah untuk cegah panau



Dulu masa sekolah selalu lah cerita-cerita pasal panau ni. Panau ni merupakan tompok-tompok pucat (putih, merah jambu) atau gelap(perang, hitam) dengan permukaan yang berdebu halus. Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan kadang kala bercantum memebentuk permukaan yang terlibat lebih luas. Sesetengah pesakit berasa gatal pada bahagian yang terlibat.



Apa punca panau ?
Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis Malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.

 Panau boleh terjadi disemua peringkat umur. Walau bagaimanapun, ia lebih kerap berlaku di kalangan remaja dan belia. Pesakit yang kekurangan zat makanan atau mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppressant kerap mendapat panau. Begitu juga dengan pesakit hyperhidrosis atau peluh yang berlebihan.

 Oleh kerana panau ni disebabkan oleh jangkitan kulat, kebersihan diri amatlah perlu dititik beratkan bagi mengelakkan dari terkena panau. 

Berikut adalah tips untuk elak atau mencegah dari terkena panau:

  • Elakkan daripada mandi tanpa sabun ( mandi koboi..hehe)
  • Jangan berkongsi tuala mandi (yang ni sharing tapi tak berapa nak caring..huhu)
  • Elakkan dari pakai pakaian yang dibasahi peluh untuk tempoh masa yang panjang.
  • Pakai pakaian yang mudah serap peluh
  • Pastikan badan kering sebelum memakai baju
  • Jangan pakai baju yang sama berulangkali (belum basuh)
  • Elakkan membasuh muka atau badan ketika masih berpeluh
  • Jaga kebersihan diri.


 Selain itu, pengambilan suplemen juga boleh membantu meningkatkan imun badan dan mengelakkan jangkitan kulat. Antara suplemen yang boleh diambil bagi membantu mengatasi masaalah panau ialah,Sustained Realese Vita C, Garlic complex dan juga Alfalfa Complex.



  • Garlic Complex - merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan sanat bagus untuk meningkatkan sistem imun badan supaya boleh menghalang kulat dari tumbuh dan merebak pada kulit.
  • Alfalfa Complex - ia bertindak sebagai anti kulat dan memperbaiki keadaan kulit.
  • Sustained Release Vita C - membantu meningkatkan sistem pertahan tubuh dan melawan jangkitan kulat.


 Rujukan :

 http://www.myhealth.gov.my/pityriasis-versicolor/





Saya adalah wakil Shaklee [SID:1079165],
Untuk maklumat lanjut hubungi saya,
Sharifah Munirah Syd Ali**ira**
Call/Sms/WhatApp :0133196652
Email : shmunirah330@gmail.com

No comments: