Wednesday 20 July 2016

8 punca yang mungkin boleh sebabkan Apendiks

Baru-baru ini, kakak sepupu saya ada mengalami Apendiks, pada bulan jun sebelum bulan puasa yang lalu, 2 minggu juga dihospital, sebab  apendiksnya dah pecah, mujur cepat ke hospital, dengan segera doktor membuat pembedahan. Bahaya juga apendiks ni.
Apendiks adalah satu organ kecil yang merupakan sambungan daripada salah satu bahagian daripada usus besar bergelar sekum yang terletak di bahagian sebelah kanan perut (abdomen) di bawah paras pusat.
Apendiks berada pada usus besar, iaitu kawasan pemprosesan makanan dan pencernaan.
Bagaimana radang apendiks berlaku?

keradangan organ apendiks yang terjadi apabila salurannya telah dimasuki oleh sedikit komponen najis. Ini akan menyebabkan pesakit berasa sakit perut.
Selalunya ramai orang mengalami Apenditis akut.
Apendisitis akut
iaitu keradangan organ apendiks yang terjadi apabila salurannya telah dimasuki oleh sedikit komponen najis. Ini akan menyebabkan pesakit berasa sakit perut.
Biasanya  permulaan,  pesakit akan berasa sakit di sekitar bahagian tengah perut sama seperti sakit perut daripada keradangan organ perut (gastrik).
Jika keadaan ini berlarutan, dalam masa beberapa jam sahaja pesakit akan mula berasa sakit di bahagian kanan di bawah paras pusat.
Punca Appendix
Punca sebenar penyakit apendisitis tidak diketahui.
Bagaimanapun, ia mungkin disebabkan pemilihan makanan yang tidak sihat dan kuman daripada makanan serta minuman.
Makan diluar tanpa mengetahui tahap kebersihan makanan juga boleh menyumbang kepada punca -punca penyebab Appendix.
gemar makan makanan segera,
Tidak gemar makan sayur-sayuran dan buah-buahan,
Corak pemakanan yang tidak teratur dan tidak seimbang juga berkemungkinan menjadi punca radang appendix.
kurang mengambil air putih,
malas bersenam, dan
Ada juga yang mengalami masalah penghadaman, boleh juga menyumbang kepada masalah appendix.
Simptom  appendix
simptom radang apendiks pada awalnya sering disalah tafsir sebagai sakit perut biasa atau angin memandangkan ia sering menyerang di bahagian perut di sekitar pusat.
Kebiasaanya, sakit tersebut semakin kuat satu hingga dua hari kemudian,  dan ia berpindah dari perut ke bahagian kanan abdomen.
Simptom -Simptom lain appendix
Keadaan boleh menjadi bertambah buruk jika ada simpton lain seperti:
demam,
cirit-birit tetapi najis tidak banyak, muntah,
tiada selera makan
dan semestinya badan lemah.
Jika apendiks sudah bocor,
pesakit akan berasa sakit di seluruh badan terutamanya perut dan demam kuat.
Awas, jika kita rasa sakit perut dan anggap itu sakit perut biasa, dan pergi mengurut, ia boleh memburukkan keadaan jika kita mengalami apendiks.
Jangan ambil remeh, kalau kita mengalami sakit perut, terutama dibahagian kanan. Ambil langkah segera untuk berjumpa doktor.
Saya nak mencadangkan kalau anda menghadapi masalah penghadam, selalu sembelit boleh mengambil herblax, bagi membantu melancarkan perjalanan usus anda.

Untuk pembelian dan maklumat lanjut, hubungi saya ira di 013-3196652

Rujukan :
Utusan online

No comments: